Banner

Identiti Digital yang Dipercayai untuk Pengesahan Dalam Talian yang Selamat

BannerBanner

Dalam dunia digital yang semakin mencabar, identiti anda mungkin terdedah kepada risiko kecurian dan penyalahgunaan. Tanpa perlindungan yang sewajarnya, setiap transaksi dan maklumat peribadi anda boleh jatuh ke tangan yang salah.

BannerBanner

SELAMAT

MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data peribadi pengguna, memberikan ketenangan fikiran sepenuhnya. Log masuk selamat dengan pengesahan berbilang faktor (MFA) dan sijil digital infrastruktur kunci awam (PKI).

BannerBanner

PANTAS

Proses pendaftaran dan pengesahan identiti boleh dilakukan dengan pantas melalui rujukan terus ke pangkalan data kerajaan.

BannerBanner

MUDAH

Hanya menggunakan satu kata laluan untuk pelbagai aplikasi dan portal dalam talian.

About

Sahkan Identiti Anda Dengan Cara Selamat. Pantas. Mudah.

MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan, tanpa menyimpan sebarang data peribadi serta tidak menggantikan sistem MyKad. Ia juga memudahkan akses ke aplikasi dan portal dalam talian dengan menggunakan hanya satu kata laluan.

Untuk Individu:

Memudahkan urusan dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan dalam talian menggunakan satu kata laluan untuk pelbagai aplikasi.

Untuk Perniagaan:

Meningkatkan pengalaman pelanggan dengan proses pendaftaran yang selamat dan tanpa dokumen.

Akses 24/7 Tanpa Halangan

Akses 24/7 Tanpa Halangan

Guna MyDigital ID untuk akses perkhidmatan bila-bila masa, di mana-mana.

Jimat Masa, Kurang Stres

Jimat Masa, Kurang Stres

Tiada lagi barisan panjang! Transaksi lebih pantas & efisien.

Pengesahan Biometrik Selamat

Pengesahan Biometrik Selamat

Disahkan terus melalui pangkalan data kerajaan yang dipercayai.

Pendaftaran Mudah untuk Perkhidmatan Baharu

Pendaftaran Mudah untuk Perkhidmatan Baharu

Nikmati pengalaman yang lebih mudah dan pantas dengan log masuk menggunakan MyDigital ID.

Mobile Background
Iphone

Lindungi Identiti Digital Anda Daripada Penipuan dan Penyalahgunaan

MyDigital ID adalah platform untuk pengesahan identiti digital yang dicipta untuk keselamatan dan kecekapan dalam talian.

Langkah Pendaftaran

Dalam TalianToggle

Sebagai langkah persediaan, sediakan MyKad serta muat turun dan pasangkan aplikasi MyDigital ID di telefon pintar anda.

1

Pendaftaran Dalam Talian

Klik 'Daftar Online' di aplikasi MyDigital ID, masukkan emel anda, masukkan OTP, dan isi nama serta nombor kad pengenalan anda.

2

Sahkan Identiti Anda

Ambil gambar MyKad (depan dan belakang), dan lengkapkan imbasan wajah.

3

Tetapkan Kata Laluan

Cipta kata laluan minimum 8 aksara dan sahkan kata laluan tersebut.

4

Pendaftaran Berjaya

Identiti digital anda kini disimpan dengan selamat dalam aplikasi MyDigital ID.

Kios FizikalToggle

Pembatalan MyDigital IDToggle

Pembatalan melalui Dalam Talian. Pembatalan juga boleh dilakukan secara fizikal di kios terdekat.

1

Gunakan Telefon Pintar

Gunakan telefon pintar milik rakan atau ahli keluarga yang mempunyai aplikasi MyDigital ID.

2

Akses Menu

Buka aplikasi MyDigital ID, klik Menu, dan pilih Batal Digital ID.

3

Isi Maklumat Peribadi

Masukkan nama penuh dan nombor MyKad anda (tanpa tanda hubung).

4

Pengesahan eKYC

Sahkan identiti anda melalui proses eKYC.

5

Pembatalan Berjaya

Setelah proses selesai, sijil anda telah berjaya dibatalkan. Anda kini boleh mendaftar semula MyDigital ID di telefon pintar baharu anda.

Pembaharuan MyDigital IDToggle

Tip eKYCToggle

BannerBanner

Gunakan carta aliran ini sebagai panduan yang jelas untuk setiap langkah.

Soalan Anda, Kami Jawab.

Semua
Umum
Keselamatan
Apa itu MyDigital ID?
Umum
Umum
MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan tanpa menyimpan sebarang data peribadi. Ia juga memudahkan akses ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian dengan hanya satu kata laluan dan satu ID digital.
Bagaimanakah MyDigital ID menggunakan pengesahan berbilang faktor (MFA) untuk melindungi log masuk anda?
Keselamatan
Keselamatan
MyDigital ID menggunakan pengesahan berbilang faktor (MFA), yang memerlukan dua kaedah pengesahan berbeza sebelum anda boleh log masuk. Kedua-dua kaedah ini melibatkan: • Telefon pintar yang telah didaftarkan dengan MyDigital ID. Telefon ini menyimpan kunci peribadi (private key) yang dipautkan kepada sijil digital MyDigital ID anda secara selamat. • Kata laluan MyDigital ID, atau pengesahan cap jari atau wajah melalui telefon pintar anda. Kedua-dua kaedah pengesahan ini diperlukan untuk membenarkan akses. Kata laluan atau pengesahan biometrik sahaja tidak mencukupi tanpa telefon pintar yang telah didaftarkan. Begitu juga, telefon pintar tersebut tidak boleh digunakan untuk log masuk tanpa kata laluan atau pengesahan biometrik anda.
Apakah itu Infrastruktur Kunci Awam (PKI)?
Keselamatan
Keselamatan
Infrastruktur Kunci Awam (PKI) ialah sistem keselamatan yang menggunakan sijil digital dan teknologi kriptografi untuk mengesahkan identiti serta melindungi maklumat daripada akses atau perubahan tanpa kebenaran. Dalam MyDigital ID, sijil digital anda dipautkan kepada kunci peribadi (private key) yang disimpan dengan selamat dalam telefon pintar yang telah didaftarkan. Kunci ini membantu mengesahkan identiti anda setiap kali anda log masuk atau melakukan transaksi. Sistem PKI, termasuk Pihak Berkuasa Pensijilan (Certification Authority) yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil digital, beroperasi mengikut kerangka Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562).
Bagaimanakah MyDigital ID melindungi maklumat peribadi anda?
Keselamatan
Keselamatan
MyDigital ID direka untuk mengesahkan identiti anda tanpa menyimpan maklumat peribadi anda dalam pangkalan data berpusat. Beberapa langkah keselamatan turut digunakan untuk melindungi maklumat anda semasa proses pengesahan identiti dan log masuk. Apabila anda memasukkan nama dan nombor kad pengenalan dalam platform MyDigital ID, atau mengimbas MyKad di kios pendaftaran, maklumat tersebut akan ditukarkan kepada kod digital yang dikenali sebagai hash. Kod ini bersifat sehala dan maklumat asal anda tidak boleh diperoleh semula daripada kod tersebut. Kod ini kemudiannya digunakan untuk menyemak identiti anda dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). MyDigital ID hanya menerima keputusan pengesahan, manakala maklumat peribadi anda kekal dalam rekod JPN. Perlindungan data biometrik: Jika anda memilih untuk menggunakan cap jari atau pengecaman wajah bagi tujuan log masuk, proses pengesahan dilakukan terus pada telefon pintar anda. Data cap jari atau wajah anda tidak dihantar kepada atau disimpan oleh MyDigital ID.
Bagaimanakah MyDigital ID bersiap siaga dalam mendepani ancaman keselamatan siber pada masa hadapan?
Keselamatan
Keselamatan
Teknologi sentiasa berkembang dan begitu juga ancaman terhadap keselamatan digital. MyDigital ID sentiasa membuat persediaan untuk menghadapi risiko keselamatan pada masa hadapan, termasuk ancaman yang mungkin timbul daripada perkembangan teknologi pengkomputeran kuantum. Antara persediaan ini termasuk penggunaan kriptografi pasca-kuantum (Post-Quantum Cryptography atau PQC), iaitu teknologi keselamatan yang dibangunkan untuk melindungi maklumat digital daripada potensi ancaman komputer kuantum yang berkuasa tinggi. MyDigital ID juga menerapkan pendekatan keselamatan yang fleksibel, dikenali sebagai crypto-agility. Pendekatan ini membolehkan sistem keselamatan MyDigital ID dikemas kini dengan teknologi kriptografi yang lebih baharu apabila diperlukan, selaras dengan perkembangan piawaian antarabangsa dan Dasar Kriptografi Negara (MyKriptografi).

Media & Peristiwa

Muat Turun & Daftar MyDigital ID