BALAI BERITA
Pengumuman Rasmi dan Kenyataan Media MyDigital ID

CLARIFICATION ON MYDIGITAL ID TECHNOLOGY
CLARIFICATION ON MYDIGITAL ID TECHNOLOGY PUTRAJAYA, 13 October 2026, 9.30AM – My Digital ID Sdn Bhd wishes to clarify that its digital identity platform is not powered by any third-party blockchain technology as recently published in a media article. My Digital ID Sdn Bhd is a company owned by the Minister of Finance Incorporated (MOF Inc.) and is placed under the Prime Minister’s Department, with oversight by the National Security Council and monitoring by the National Cyber Security Agency. Today, the company’s national digital identity platform, MyDigital ID, has registered 83% of Malaysia’s digitally active population. It connects over 14 million Malaysians to more than 1,000 services across 204 applications.

LOG MASUK MYJPJ MELALUI MYDIGITAL ID TERUS BEROPERASI LANCAR DAN STABIL
LOG MASUK MYJPJ MELALUI MYDIGITAL ID TERUS BEROPERASI LANCAR DAN STABIL CYBERJAYA, 2 Mei 2026 – MyDigital ID ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan integrasi log masuk tunggal (Single Sign-On (SSO)) bersama aplikasi MyJPJ yang telah dikuat kuasa pada 1 Mei 2026 terus beroperasi dengan baik, lancar tanpa sebarang gangguan teknikal. Sehingga kini, sistem SSO MyDigital ID serta proses integrasi dengan aplikasi MyJPJ berada dalam keadaan stabil dan berfungsi seperti yang dirancang, sekali gus membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan dengan lebih mudah dan selamat. Pelaksanaan log masuk tunggal ini turut memperkukuh aspek keselamatan siber apabila pengguna hanya perlu melalui satu identiti digital yang disahkan, dengan pengesahan identiti merujuk kepada rekod rasmi kerajaan, bagi mengakses perkhidmatan kerajaan. Pendekatan ini mengurangkan kebergantungan kepada pelbagai kata laluan, sekali gus membantu mengekang risiko pencerobohan akaun, penipuan digital serta penyalahgunaan identiti. Sehubungan itu, pengguna disarankan untuk memuat turun serta mengaktifkan aplikasi MyDigital ID bagi membolehkan akses ke MyJPJ melalui kaedah log masuk tunggal. Kedua-dua aplikasi ini perlu berada pada versi terkini dan telah diaktifkan sepenuhnya bagi menikmati pengalaman log masuk yang lebih lancar. Pengguna adalah dinasihatkan untuk mengemas kini aplikasi MyJPJ ke versi terkini, iaitu versi 5.0.1, bagi memastikan keserasian penuh dengan integrasi ini. Pengguna boleh merujuk panduan mendaftar aplikasi MyDigital ID di https://www.digital-id.my/getstarted MyDigital ID terus bekerjasama erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan pengalaman pengguna sentiasa selamat, pantas dan mudah, selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem perkhidmatan digital negara. Sebarang bantuan teknikal berkaitan dengan aplikasi MyDigital ID pengguna boleh menghubungi pihak kami di talian: +60386872772 atau menerusi emel: info@myid.my

MYDIGITAL ID JALIN KERJASAMA DENGAN 15 INSTITUSI KEWANGAN BAGI MEMPERKUKUH PENGESAHAN IDENTITI DIGITAL
MYDIGITAL ID JALIN KERJASAMA DENGAN 15 INSTITUSI KEWANGAN BAGI MEMPERKUKUH PENGESAHAN IDENTITI DIGITAL KUALA LUMPUR, 12 Februari 2026 – My Digital ID Sdn Bhd hari ini melaksanakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 15 bank terkemuka dan syarikat fintech untuk memperkukuh pengesahan identiti dalam ekosistem institusi kewangan Malaysia. Pertukaran tersebut berlangsung dalam acara ‘Memorandum Persefahaman MyDigital ID bersama Institusi Kewangan, E-Dompet dan Fintech’, yang menghimpunkan pemain industri bagi meningkatkan tahap keselamatan serta kebolehpercayaan perkhidmatan kewangan digital. Barisan rakan kerjasama yang terlibat termasuk Maybank, CIMB Bank, Public Bank, RHB Bank, Hong Leong Bank, AmBank, Bank Islam, Boost Bank, KAF Digital Bank, Ryt Bank, Touch ’n Go Digital, ShopeePay, Atome, Kale (Technology (PayLater)) dan Finexus. Melalui kerjasama ini, teknologi e-pengesahan MyDigital ID akan diuji dan dilaksanakan dalam sistem pendaftaran pelanggan (onboarding) serta pengesahan transaksi institusi-institusi yang terlibat. Inisiatif ini bertujuan mensiap siaga institusi kewangan dengan keupayaan dipertingkat untuk mengesahkan identiti pelanggan, sekali gus memperkukuh pertahanan terhadap ancaman penyamaran identiti, pengambilalihan akaun serta pelbagai bentuk penipuan digital. MyDigital ID merupakan satu-satunya platform di Malaysia yang mengesahkan identiti secara langsung dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai sumber rujukan tunggal (single source of truth) pada masa nyata. Keupayaan ini memberikan tahap keyakinan yang lebih tinggi kepada institusi kewangan dalam mengesahkan identiti pelanggan bagi tujuan pembukaan akaun, transaksi digital serta perkhidmatan kritikal lain. Inisiatif ini menyokong pelan tindakan strategik Bank Negara Malaysia dalam mempertingkat pendigitalan sektor kewangan, di samping mendokong aspirasi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan berdaya digital menjelang tahun 2030. Seiring perkembangan pesat perkhidmatan digital, pelanggan semakin mengharapkan pengalaman kewangan yang lebih pantas dan lancar, pada masa yang sama menuntut perlindungan data peribadi serta keselamatan yang lebih kukuh dalam persekitaran digital berisiko yang semakin kompleks.

MYDIGITAL ID BAWA IDENTITI DIGITAL NASIONAL KE JALAN RAYA, BERSAMA PEMAIN EKONOMI GIG
MYDIGITAL ID BAWA IDENTITI DIGITAL NASIONAL KE JALAN RAYA, BERSAMA PEMAIN EKONOMI GIG PUTRAJAYA, JANUARI 16, 2026 – MyDigital ID kini memperluas kempen kesedaran akar umbinya dengan mendekati rakyat melalui kaedah promosi bergerak, sambil memanfaatkan peranan pemain ekonomi gig sebagai penghubung agenda digital negara dan masyarakat bandar. Digerakkan oleh 30 buah kenderaan perkhidmatan e-hailing yang dihiasi dengan pelekat kereta berslogankan “Satu Kunci Untuk Semua” iaitu naratif utama MyDigital ID. Kempen pengiklanan bergerak ini telah mula menelusuri jalan raya di sekitar Lembah Klang sejak Disember tahun lalu. Kenderaan e-hailing yang terlibat turut dilengkapi bahan promosi in-car hanger MyDigital ID, membolehkan penumpang mengimbas kod QR dan mendaftar secara langsung semasa perjalanan, menjadikan proses pendaftaran lebih mudah dan pantas, serasi dengan gaya hidup masyarakat bandar. Pada masa yang sama, pemandu e-hailing yang terlibat turut diberi peranan sebagai duta kecil MyDigital ID dalam membantu memperkenalkan platform identiti digital nasional ini kepada penumpang, sekali gus menjadikannya lebih dekat di hati rakyat. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Rita Irina Abd Wahab: “Dengan dokongan perkhidmatan kenderaan e-hailing, MyDigital ID dibawa terus ke masyarakat tidak lagi terbatas kepada program berbentuk formal semata-mata. “Melalui interaksi harian bersama penumpang, mereka membantu memperkenalkan identiti digital nasional ini dengan cara yang lebih santai, mudah difahami dan berjiwa rakyat. “Selaras dengan aspirasi Kerajaan, pendekatan berteraskan denyut nadi rakyat ini menekankan keterangkuman digital, kemudahan akses perkhidmatan serta membina kepercayaan terhadap sistem digital negara.” Sejak diperkenalkan kepada orang awam pada November 2023, MyDigital ID kini mencatat lebih 8 juta pengguna berdaftar serta telah berintegrasi dengan 80 aplikasi dan portal merentas sektor Kerajaan dan swasta.”

MALAYSIA PERKUKUH PERTAHANAN SIBER, SYARIKAT TELEKOMUNIKASI MULA LAKSANA INTEGRASI MYDIGITAL ID
MALAYSIA PERKUKUH PERTAHANAN SIBER, SYARIKAT TELEKOMUNIKASI MULA LAKSANA INTEGRASI MYDIGITAL ID CYBERJAYA, NOVEMBER 30, 2025 – Bermula esok, rakyat Malaysia akan menikmati tahap keselamatan digital yang lebih kukuh susulan pelaksanaan integrasi teknologi pengesahan identiti MyDigital ID oleh semua syarikat telekomunikasi ke dalam aplikasi mudah alih masing-masing. Inisiatif nasional ini bertujuan melindungi pengguna daripada panggilan scam, penyamaran identiti dan penipuan yang sering berlaku melalui penggunaan nombor SIM yang tidak disahkan atau disalahgunakan. Ini bagi memastikan setiap nombor telefon mudah alih dipadankan kepada identiti yang sah dan dipercayai. Dengan sokongan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan diselaraskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), langkah ini merangkumi tiga komponen utama, iaitu: 1. Pengesahan Nombor Prabayar Sedia Ada (Whitelisting) • Pengguna boleh menyemak semua nombor prabayar yang berdaftar di bawah nombor MyKad mereka bagi mengesahkan bahawa nombor-nombor tersebut benar-benar milik pengguna. • Langkah ini mampu menghalang penjenayah daripada menyalahguna nombor yang didaftarkan menggunakan MyKad yang dicuri atau tanpa pengetahuan pemilik. 2. Pendaftaran Kad SIM Baru • Semua kad SIM prabayar baru dibeli perlu disahkan melalui aplikasi syarikat telekomunikasi menggunakan MyDigital ID. • Ini bagi memastikan nombor baru tidak boleh diaktifkan menggunakan maklumat pengenalan milik orang lain. 3. Log Masuk MyDigital ID ke Aplikasi Syarikat Telekomunikasi • Pengguna boleh memilih untuk log masuk ke aplikasi syarikat telekomunikasi mereka menggunakan MyDigital ID. • Pilihan ini memberikan kaedah log masuk yang lebih selamat sekali gus dapat membantu mencegah pengambilalihan akaun, phishing dan akses tanpa kebenaran. Menurut Ketua Eksekutif NACSA, Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin, “Pelaksanaan ini mungkin berbeza antara penyedia perkhidmatan. Ada yang memulakan dengan satu komponen dahulu, ada yang melaksanakan dua, manakala kesemua tiga komponen akan dilaksana secara berperingkat. “Walau apapun gabungannya, matlamat inisiatif ini tetap sama iaitu memastikan penjenayah tidak lagi dapat menyeleweng kad SIM yang tidak disahkan sebagai laluan kegiatan jenayah mereka. “MyDigital ID memainkan peranan penting kerana proses pengesahan identitinya merujuk terus kepada rekod rasmi Kerajaan yang diselia oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). “Inisiatif yang membabitkan pelbagai pemegang taruh ini turut memperkukuhkan pelaksanaan Pelan Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2025-2030 yang diterajui NACSA, bagi memastikan ekosistem siber negara kekal selamat dan berdaya tahan daripada ancaman semasa dan akan datang. “Kami amat menghargai bantuan SKMM dalam mempermudah cara dan menyelaras inisiatif nasional ini.” Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim berkata, “Nombor telefon sering disalahguna untuk jenayah scam dan penipuan identiti. Malah, laporan berita pada awal tahun ini menunjukkan bahawa jumlah panggilan scam pada 2024 mencecah 2.98 juta, iaitu hampir dua kali ganda berbanding 1.63 juta pada 2023.” “Dengan menggunakan identiti digital yang sah, kita dapat mengurangkan risiko jenayah sebegini, memperkukuh kepercayaan digital dan meningkatkan keselamatan, di samping mengurangkan ketirisan dalam ekonomi digital. “Kami juga sedar bahawa privasi dan keselamatan data adalah kebimbangan utama pada masa kini. Ada yang bimbang identiti digital boleh digunakan untuk memantau, menjejak, atau menyimpan maklumat peribadi mereka. “Hakikatnya, MyDigital ID tidak berfungsi sebegitu. Ia tidak menyimpan data pengguna, menjejak aktiviti dalam talian, atau mengumpul maklumat baharu. Peranannya hanya untuk mengesahkan identiti seseorang apabila mereka memilih untuk log masuk ke sesuatu perkhidmatan. “Semua ini dilakukan hanya dengan persetujuan dan kawalan penuh pengguna. Prinsip kami mudah: Data anda adalah milik anda. Sentiasa. Dan dengan MyDigital ID, ia kini lebih selamat berbanding sebelum ini. Untuk maklumat lanjut mengenai cara penggunaan MyDigital ID mengikut syarikat telekomunikasi masing-masing, pengguna dinasihatkan untuk merujuk dan melayari laman web penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang dilanggan.

MYDIGITAL ID STRENGTHEN MALAYSIA’S DIGITAL IDENTITY THROUGH KEY INDUSTRY PARTNERSHIPS
MYDIGITAL ID STRENGTHEN MALAYSIA'S DIGITAL IDENTITY THROUGH KEY INDUSTRY PARTNERSHIPS New MoUs with YWM, KTMB, CTOS, HONOR, Tune Talk, and XOX embed secure digital identity across transport, finance, and telecom, enhancing convenience, reducing fraud, and supporting national cybersecurity. KUALA LUMPUR, 30 September 2025 – My Digital ID Sdn Bhd (MyDigital ID) today formalised a set of industry Memorandum of Understanding (MoUs) to expand adoption of Malaysia's national digital identity. The MoU exchange ceremony, held at Cyber Defence & Security Asia (CyberDSA) 2025, MITEC Kuala Lumpur, witnessed by YB Gobind Singh Deo, Minister of Digital. The ceremony underscored the government's vision and commitment to advancing Malaysia's digital identity framework. MoUs Signed The MoUs aim to embed MyDigital ID into everyday services across public and private sectors. Partners announced today include: Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) : Exploring e-verification and Single Sign-On (SSO) for secure digital services. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB): Embedding MyDigital ID authentication in the KTMB Kits SuperApp. CTOS Digital Berhad : Integrating MyDigital ID e-verification and SSO for financial services. Honor Technology (M) Sdn Bhd : Preloading the MyDigital ID app on selected Honor devices. Tune Talk : Adopting MyDigital ID e-verification and SSO for SIM card registration. XOX Mobile : Collaborating with XOX to onboard and support the adoption of MyDigital ID. Expected Impact These partnerships will: • Accelerate user adoption — by embedding MyDigital ID into commonly used apps and services for easier, more convenient access. • Reduce fraud and risk — by strengthening electronic verification and authentication across sectors. • Support national digital transformation — by providing a trusted identity layer that enables safe digital transactions and innovation. Collaboration on Cyber Security With the guidance and support of National Cyber Security Agency (NACSA) and industry partners, MyDigital ID is reinforcing its role as a secure and inclusive national digital identity, underpinned by robust cybersecurity measures to enhance resilience and public confidence. Way Forward Through these partnerships, MyDigital ID continues to advance Malaysia's digital identity ecosystem, delivering secure, convenient, and trusted access to digital services for all Malaysians. By placing safety and trust at the core of everyday digital interactions, this initiative supports the nation's digital transformation while safeguarding citizens' data and privacy.

JOINT PRESS STATEMENT ON RECENT MEDIA REPORTS IN THE DIGITAL IDENTITY SPACE
CYBERJAYA, 29 September 2025: We are aware of recent media reports regarding the launch of private sector initiatives in the area of digital identity, including NexG’s announcement of its “MyNasional” platform. We welcome the interest of industry players in strengthening Malaysia’s digital ecosystem. However, it is important to reaffirm several key principles: MyDigital ID as the National Digital Identity Infrastructure MyDigital ID (MyDID), operated by MyDigital ID Sdn Bhd (MyIDSB), is Malaysia’s official national digital identity infrastructure. It is developed as Digital Public Infrastructure under the Prime Minister’s Department and overseen by the National Cyber Security Agency (NACSA), under the National Security Council (MKN). MyIDSB is a wholly owned company of MOF Inc., reflecting the government’s full commitment and mandate for MyDID to serve as the single, secure, and authoritative digital identity for Malaysians — enabling convenient and trusted access to both government and private sector services. Role of Private Sector Solutions Private companies are free to innovate and develop digital identity products and services. These solutions may serve niche markets or provide value-added offerings. However, any initiative that claims to serve at a national scale must align with the national strategy, ensure interoperability, and comply with governance, security, and sovereignty requirements. Commitment to Security, Neutrality, and Public Trust MyDID is being built to the highest standards of trust and resilience, including adherence to global standards such as Common Criteria, NIST, and ISO/IEC, and alignment with current and future legal frameworks. Unlike private initiatives, MyDID is not profit-driven. It is designed as Digital Public Infrastructure, built to serve the rakyat first and foremost, ensuring neutrality, inclusivity, and long-term sustainability. While private companies can innovate and deliver valuable user- facing services, the foundation of trust, sovereignty, and national security can only be guaranteed by a nationally mandated, government-owned infrastructure. Our Focus Moving Forward MyIDSB remains focused on delivering its mandate under the National Strategy and development roadmap: providing every Malaysian with a secure, sovereign, and sustainable digital identity that underpins both national security and economic growth. We will continue engaging constructively with industry players to ensure complementary development rather than duplication, while avoiding any risk of confusion or fragmentation for the rakyat.

KEMPEN DISKAUN SAMAN KEBANGSAAN
KEMPEN DISKAUN SAMAN KEBANGSAAN MYDIGITAL ID SOKONG KEMPEN HARI KEBANGSAAN: DISKAUN 50% SAMANTRAFIK PDRM MELALUI APLIKASI MYBAYAR CYBERJAYA, 31 OGOS 2025 – MyDigital ID menyokong penuh pengumuman oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pelaksanaan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62. Kempen ini membolehkan rakyat Malaysia menikmati pengurangan saman trafik PDRM sebanyak 50%, khusus untuk pembayaran melalui aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID. Tawaran ini bermula dari 31 Ogos 2025 sehingga 16 September 2025. Sebagai platform identiti digital nasional, MyDigital ID berperanan memastikan proses pengesahan identiti rakyat berlaku dengan lebih selamat, lancar dan dipercayai, di samping menyokong aspirasi kerajaan dalam memperkukuh perkhidmatan digital sektor awam. Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim, berkata, “Melalui integrasi dengan aplikasi MyBayar PDRM, rakyat bukan sahaja dapat menikmati kemudahan pembayaran saman secara lebih mudah dan pantas, malah turut dilindungi melalui kaedah pengesahan identiti digital yang lebih terjamin. Visi kami jelas: MyDigital ID akan menjadi platform Single Sign-On (SSO) nasional, di mana rakyat hanya memerlukan satu log masuk untuk mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan, dan pada masa hadapan, sektor swasta juga. Ini akan menghapuskan keperluan mengingati pelbagai kata nama dan kata laluan, sekaligus meningkatkan pengalaman pengguna terhadap perkhidmatan digital dengan cara yang lebih selamat, mudah dan efisien.” Selaras dengan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, MyDigital ID akan terus bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan dalam memperluas penggunaan identiti digital nasional, sejajar dengan aspirasi negara ke arah perkhidmatan digital yang lebih inklusif, moden, dan berdaya tahan.

MYDIGITAL ID SEBAGAI LOG MASUK TUNGGAL APLIKASI MYJPJ DAN MYBAYAR
PUTRAJAYA, 19 OGOS 2025 – Orang ramai disarankan untuk mendaftar MyDigital ID segera bagi memastikan akses lancar kepada dua platform utama kerajaan apabila kaedah log masuk tunggal (Single Login) mula dikuatkuasakan sepenuhnya dalam masa terdekat ini. Dua platform tersebut ialah: 1. MyJPJ – Urusan semakan kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B, permohonan dan pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM), pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), semakan mata demerit, semakan status senarai hitam, semakan saman, pembayaran saman (kecuali kes senarai hitam), dan e-Aduan. 2. MyBayar PDRM – Urusan semakan dan pembayaran saman trafik PDRM. Pada masa ini, kedua-dua platform ini telah pun diintegrasikan dengan MyDigital ID, di mana pengguna masih boleh memilih untuk log masuk menggunakan kata laluan sedia ada atau MyDigital ID. Namun, apabila pelaksanaan log masuk tunggal bermula, pengguna dikehendaki untuk log masuk menggunakan MyDigital ID sahaja bagi mengakses perkhidmatan tersebut. Bagi pengguna warganegara asing yang menggunakan MyBayar PDRM, kaedah log masuk sedia ada akan terus digunakan. 'Penggunaan MyDigital ID sebagai log masuk tunggal menjanjikan satu era baharu pengesahan identiti digital yang lebih mudah, selamat dan telus. Kami komited untuk memastikan setiap pengguna mendapat kemudahan maksimum dengan tahap keselamatan yang tinggi, sekali gus mempercepatkan transformasi digital negara secara inklusif dan berdaya tahan,' ulas Nik Hisham Nik Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID. MyDigital ID mengesahkan identiti pengguna secara tepat dan telus melalui pangkalan data Kerajaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tanpa menyimpan sebarang data peribadi pengguna. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan transaksi digital, malah memastikan pengalaman pengguna yang lebih mudah, lancar, dan dipercayai, tanpa perlu mengingati pelbagai kata laluan. Selaras dengan komitmen meningkatkan kemudahan pengguna, MyDigital ID juga telah memperkenal ciri baharu iaitu pengesahan biometrik tempatan yang membolehkan pengguna log masuk dengan lebih pantas dan selamat menggunakan cap jari atau pengecaman wajah pada peranti masing-masing. Ciri ini amat memudahkan, khususnya bagi pengguna yang sering terlupa kata laluan. Untuk mengaktifkan fungsi ini, pengguna perlu mengemas kini aplikasi MyDigital ID ke versi terbaharu dan membuat tetapan biometrik. Sehingga kini, MyDigital ID telah mencatatkan lebih 3 juta pengguna, dengan lebih 45 platform perkhidmatan Kerajaan dan swasta dalam talian yang telah berintegrasi dengan MyDigital ID.

MYDIGITAL ID RMK13
PUTRAJAYA, 31 Julai 2025 – MyDigital ID menyambut baik saranan dan penegasan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim berkenaan kepentingan MyDigital ID sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih bagi memudahkan akses ke pelbagai kemudahan awam dalam talian supaya lebih cekap dan pantas semasa pembentangan RMK13 hari ini. Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasa digitalisasi dan memastikan kemudahan untuk semua. Sehingga kini, sebanyak 45 platform perkhidmatan dalam talian, merangkumi perkhidmatan kerajaan dan swasta telah diintegrasikan dengan MyDigital ID. Jumlah ini dijangka terus melonjak sejajar dengan pelaksanaan berperingkat di seluruh negara. Aspek keselamatan pengguna terus menjadi keutamaan, dengan sistem yang dibangunkan tidak menyimpan data biometrik, serta pengesahan identiti dilakukan secara langsung dengan pangkalan data kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Encik Nik Hisham Nik Ibrahim, turut mengulas, “Fokus utama MyDigital ID adalah untuk menjadi sistem kepercayaan digital masa nyata. Dengan penggunaan yang semakin meluas, ia bukan sahaja memudahkan urusan rakyat, tetapi turut memperkukuh kedaulatan dan keselamatan digital negara.”

MYDIGITAL ID MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERSAMA SABAH CREDIT CORPORATION DAN EZYTAP UNTUK MEMACU INTEGRASI IDENTITI DIGITAL YANG SELAMAT DALAM PERKHIDMATAN PENYELESAIAN KEWANGAN
MYDIGITAL ID MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERSAMA SABAH CREDIT CORPORATION DAN EZYTAP UNTUK MEMACU INTEGRASI IDENTITI DIGITAL YANG SELAMAT DALAM PERKHIDMATAN PENYELESAIAN KEWANGAN Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan rangkuman kewangan di samping menyampaikan perkhidmatan yang selamat dan lancar kepada pelanggan Kota Kinabalu, 27 November 2024 – MyDigital ID Sdn Bhd, Sabah Credit Corporation (SCC), and Ezytap Sdn Bhd secara rasmi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk merevolusikan pengesahan identiti digital dan menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses di Sabah. Kerjasama ini dijangka memberikan sistem pengesahan identiti yang selamat, lancar, dan berkesan,selaras dengan usaha Sabah untuk mempercepat transformasi digital dan pertumbuhan ekonomi. MoU itu memberi tumpuan kepada integrasi sistem identiti digital terkini MyDigital ID ke dalam aplikasi perkhidmatan kewangan oleh SCC, dengan Ezytap menyediakan kepakaran teknikal untuk memudahkan integrasi. Kerjasama itu bertujuan untuk memudahkan cara rakyat Sabah mengakses perkhidmatan SCC dengan mengurangkan keperluan untuk dokumentasi fizikal, memperbaiki masa pendaftaran, dan meningkatkan kemudahan pengguna. Selain menambah baik pengalaman pengguna, inisiatif ini akan membantu mengurangkan risiko penipuan dan mengukuhkan kepercayaan dalam transaksi digital. MyDigital ID akan menyediakan sistem identiti digital yang menjadi teras kerjasama, manakala Ezytap akan memastikan integrasi lancar ke dalam platform web dan mudah alih SCC. Sebagai penyedia sistem yang terintegrasi, SCC akan menyampaikan perkhidmatan digital yang dipertingkatkan kepada penggunanya, menjadikan perkhidmatan kewangan selamat dan mudah diakses bagi penduduk Sabah. Kerjasama selama setahun itu dijangka memberikan manfaat segera dan jangka panjang. Dalam jangka pendek, pengguna SCC boleh menikmati proses permohonan pembiayaan kredit yang lebih lancar dan pantas, manakala keperluan untuk dokumentasi berulang akan berkurangan dengan ketara. Dalam jangka panjang, integrasi ini akan mengukuhkan kepercayaan terhadap perkhidmatan kewangan digital, meluaskan akses kepada pembiayaan dan menggalakkan rangkuman kewangan di seluruh Sabah. Ia juga menyokong matlamat transformasi digital negeri, membuka jalan untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan. Bagi kerajaan negeri Sabah, kerjasama ini mewakili satu langkah ke hadapan dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan tadbir urus digital sambil mengurangkan risiko penipuan. Bagi pengguna akhir, ia menawarkan cara yang lebih mudah dan selamat untuk mengakses perkhidmatan kewangan, menjimatkan masa dan usaha. Sementara itu, perniagaan akan mendapat manfaat daripada pengurangan beban pentadbiran, penerimaan pelanggan yang lebih pantas dan peningkatan kepercayaan terhadap platform digital mereka. Ketua Pegawai Eksekutif, MyDigital ID Sdn Bhd , Encik Mohd Mirza Mohamed Noor berkata, “Kerjasama ini merupakan langkah penting ke arah menjadikan Sabah peneraju dalam transformasi digital. Dengan mengintegrasikan MyDigital ID, kami membangunkan sistem yang selamat dan mesra pengguna yang memberi manfaat kepada individu, perniagaan dan agensi kerajaan.” Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kredit Sabah, Encik George Taitim Tulas berkata, “Melangkah ke 2025, kerjasama ini meletakkan asas bagi komitmen kami terhadap transformasi digital dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Sabah. Melalui kerjasama ini, kami mengambil langkah penting untuk meningkatkan kemudahan dan keselamatan bagi rakyat, menjamin perlindungan data peribadi dan transaksi kewangan mereka. Sejak diumumkan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, kios pendaftaran MyDigital ID telah ditempatkan di cawangan-cawangan JPN terpilih, Pusat Penyebaran Maklumat Nasional (NADI), dan premis Tealive di seluruh negara. Sehingga kini, lebih 1.2 juta pengguna telah mendaftar dengan MyDigital ID. Pelaksanaan MyDigital ID menandakan satu langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran digital yang lebih mesra pengguna dan selamat, selaras dengan visi kerajaan untuk memanfaatkan teknologi bagi memperkasa rakyat. MyDigital ID juga ingin menegaskan dan memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik penggunanya. Ia juga tidak mengumpul, memantau atau menyimpan data peribadi, di samping memastikan pengguna tidak mempunyai lebih daripada satu identiti digital sebagai langkah keselamatan. MyDigital mengalu-alukan penyertaan sektor swasta, perniagaan, pembangun, dan pencipta aplikasi untuk meneroka pelbagai manfaat daripada integrasi MyDigital ID ke dalam platform mereka. Dengan menggunakan penyelesaian pengesahan identiti yang selamat dan boleh diskalakan ini, organisasi dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan, mempercepat proses pendaftaran, dan mengurangkan risiko penipuan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.digital-id.my .

PERTAMA DIGITAL IS READY TO ROLL WITH MYDIGITAL ID
PERTAMA DIGITAL IS READY TO ROLL WITH MYDIGITAL ID Kuala Lumpur, Malaysia - Pertama Digital Berhad is proud to announce the completion of its back-end integration work, incorporating MyDigital ID onto its flagship products. Through its subsidiary Dapat Vista (M) Sdn Bhd, Pertama Digital has seamlessly embedded MyDigital ID into eJamin, KOCEK, and MyPay, reaffirming its commitment to supporting the Malaysian government’s digital transformation efforts. This strategic integration paves the way for a more secure, accessible, and efficient digital ecosystem for all Malaysians. With MyDigital ID, users can now enjoy a unified digital experience across Dapat Vista’s products, using a single login credential to access multiple services with enhanced security and ease. The integration of MyDigital ID is part of Pertama Digital's broader vision of supporting Malaysia's shift towards a digital-first nation, ensuring that key services are secure, accessible, and user-friendly for both individuals and businesses. Revolutionising Access to Digital Services: One Log-In, Endless Possibilities Each of Dapat Vista’s offers a unique and valuable service to Malaysians, and with MyDigital ID, users will benefit from MyDigital ID’s security and simplicity: ● eJamin: As Malaysia’s pioneering digital bail payment solution, eJamin has already transformed the bail process, reducing it from hours to mere minutes by allowingusers to post bail online quickly and securely. With over one hundred and twenty thousand average annual users, eJamin’s integration with MyDigital ID further enhances this process, adding an extra layer of security and making identity verification even faster. Legal practitioners across Malaysia recognize eJamin as a valuable tool for streamlining bail administration, reducing administrative burdens, and enabling a more efficient legal process. This integration reinforces eJamin’s commitment to seamless transactions, ensuring that bailors can complete their payments swiftly and securely. ● KOCEK: Malaysia’s first digital coin conversion service, KOCEK allows Malaysians to convert spare change into a digital wallet that can be used for cashless transactions. Serving more than hundred thousands customers per annum, KOCEK’s integration with MyDigital ID allows quick and secure identity verification, creating a trusted gateway to Malaysia’s digital economy. Small business owners have highlighted Kocek as a modern, convenient cashless option that enhances the flow of daily business transactions, promoting financial inclusivity for underserved communities. ● MyPay: MyPay, with an active user base exceeding a million, empowers Malaysians with an all-in-one solution for bill payments, savings, investments, and daily financial management. With MyDigital ID’s SSO and eKYC capabilities, MyPay provides users with secure and verified access to essential services, aligning perfectly with Malaysia’s vision for a digital future. Supporting a Secure Digital Malaysia Together The integration with MyDigital ID goes beyond a technological update; it reflects Pertama Digital’s dedication to making digital services more accessible, secure, and practical for every Malaysian. With MyDigital ID’s eKYC feature, user identities can be verified with ease, adding an extra layer of confidence to each interaction. Pertama Digital’s collaboration with the Malaysian government on this initiative helps create a trusted digital environment, empowering citizens while safeguarding their data within a secure, nationally supported framework. “This integration with MyDigital ID represents an important milestone in our commitment to creating innovative digital solutions that serve the needs of the rakyat,” stated Sabri Ab Rahman, Group Executive Director of Pertama Digital Berhad. “By integrating MyDigital ID into our platforms, we are providing a secure, unified digital identity that streamlines access to essential services for the rakyat.” “This collaboration with the Malaysian government is raising the bar for digital security and simplifying how Malaysians engage with key services, empowering them to navigate their digital lives with confidence.” Looking Forward: Pertama Digital’s Vision for the Future Pertama Digital is committed to continuously enhancing its digital solutions to serve the evolving needs of Malaysians. The company has ambitious plans to expand its product offerings, build new partnerships, and enhance the capabilities of its platforms, all while staying true to its mission of promoting digital inclusivity and security. With each innovation, Pertama Digital strengthens its role as a key enabler of Malaysia’s digital transformation.

BELANJAWAN 2025
KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2024 – Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025 hari ini menegaskan kepentingan MyDigital ID sebagai pemudah carautama dalam urusan digital rakyat, berfungsi sebagai paksi kepada transformasi digital negara. Sebagai Aplikasi Tunggal Kerajaan (Government SuperApp) yang akan menyepadukan kesemua aplikasi dalam talian kerajaan seperti PADU, MyJPJ, LHDN dan lain-lain, MyDigital ID akan mempercepatkan akses kepada perkhidmatan kerajaan dalam talian dengan lebih selamat dan efisien. Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkasa digitalisasi dan memastikan kemudahan untuk semua.

MYDIGITAL ID REACHES 1 MILLION USER REGISTRATIONS
MYDIGITAL ID REACHES 1 MILLION USER REGISTRATIONS The latest milestone signifies a major step in Malaysia’s digital transformation journey Kuala Lumpur, 11 October 2024 - MyDigital ID, a trusted identity management and authentication platform by MyDigital ID Sdn Bhd has surpassed 1 million registered users in less than one year of its implementation. The milestone reflects the rapid adoption of MyDigital ID, showcasing Malaysian’s readiness in embracing digital transformation for a more secure, convenient, and efficient way to access government and private sector services online. The achievement also marks a significant step in Malaysian’s journey towards becoming a digitally driven nation. It is also a testament to the increasing awareness and enthusiasm of Malaysians in adopting digital technology. First announced in November 2023, MyDigital ID is recognised nationally as a trusted form of digital identification management, providing secure authentication for online transactions and addressing vulnerabilities present in the existing online identity verification system. As a key component in driving the national’s digital identity transformation, MyDigital ID provides citizens safe and secure access to essential services such as government facilities, financial services, education, and healthcare, amongst others. Chief Executive Officer, MyDigital ID Sdn Bhd, Encik Mohd Mirza Mohamed Noor said “We are incredibly grateful to our users for their confidence in MyDigital ID and their proactiveness in protecting themselves in an ever-challenging digital future. Their participation plays a vital role in realising Malaysia’s MyDigital ID’s aspirations, and it is clear that Malaysians are ready to make the shift toward secure and efficient digital services.” MyDigital ID’s comprehensive services include access to secure e-government services in addition to banking, telecommunications, healthcare, and more in the coming future. As Malaysia accelerates its digital transformation efforts, MyDigital ID is the trusted digital key that unlocks, enabling faster, safer, and more convenient access to essential services while protecting user privacy and data integrity. Currently, the MyDigital ID application has now been integrated with several government applications such as the Human Resources Management Information System (HRMIS) Mobile, MySejahtera, MyGov portal as well as MyJPJ. The platform will also see integration with popular applications in the near future. For those who have yet to register, they will simply need to download the MyDigital ID app via the Google Play Store or Apple App Store on their respective smartphones and begin their registration process without the need of visiting any kiosks. After signing up for MyDigital ID, Malaysians no longer need to log in into different platforms using different passwords - only one verification system is needed for applications and portals to log in. The MyDigital ID system would be used to verify a user’s identity for login to government platforms and transactions, and data would not be collected. The system only compares the information contained within a MyKad and a user’s fingerprint or facial features against existing data held by government agencies such as the National Registration Department (NRD) during the registration process. The implementation of MyDigital ID marks a pivotal step towards a more user-friendly and secure digital environment, aligned with the government’s vision of harnessing technology to empower its citizens. MyDigital ID Sdn Bhd would also like to emphasise and assure Malaysians that MyDigital ID does not store any biometric data of its users. It also does not collect, monitor or store personal data, all while ensuring users do not have more than one digital identity as safety measures.

PENJELASAN DARI MYDIGITAL ID 3 OKTOBER 2024
KENYATAAN MEDIA KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2024 – Baru-baru ini, beberapa media secara salah melaporkan bahawa penggunaan MyDigital ID untuk aplikasi MyJPJ telah dibatalkan. Laporan-laporan ini salah memetik kenyataan YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, semasa sidang media beliau semalam, dan telah menimbulkan kekeliruan serta keresahan di kalangan orang awam. Untuk memperjelas, YB Anthony Loke tidak membatalkan integrasi MyDigital ID dengan aplikasi MyJPJ. Menteri hanya mengumumkan penangguhan pelaksanaan ciri 'Log Tunggal', yang membolehkan pengguna log masuk dengan satu akaun sahaja. Sepanjang tempoh penangguhan ini, pengguna masih boleh memilih untuk menggunakan log masuk MyJPJ yang sedia ada atau MyDigital ID untuk mengakses aplikasi tersebut. Penangguhan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan ciri ini berjalan lancar dan meningkatkan pengalaman pengguna, dan bukanlah suatu pembatalan seperti yang dilaporkan. Penangguhan ini tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai pembatalan tetapi sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh untuk memastikan kejayaan ciri ini dan meningkatkan pengalaman pengguna. Kementerian Pengangkutan kekal komited sepenuhnya kepada projek MyDigital ID, yang penting untuk mempermudah dan memperbaiki infrastruktur pengangkutan dan logistik Malaysia. Kami mengambil maklum laporan bahawa beberapa pengguna menghadapi kesukaran mengakses aplikasi MyJPJ dengan MyDigital ID baru mereka. Walau bagaimanapun, ini tidak mewakili lebih dari 150,000 pengguna yang telah berjaya mendaftar ke dalam sistem semalam.
Muat Turun & Daftar MyDigital ID





